kehidupan adalah ketaatan kepadaNYA
ombak dzikir kepadaNYA

Sunday, February 28, 2010



manafaat berselawat kepada Nabi Saw

=bertabaruruk atau memohon berkat=
iyadh di dalam kitab as-syifa

Rasulullah Saw bersabda
"setiap perbuatan penting yang tidak dimulai dengan menyebut nama ALLAH dan berselawat kepadaku nescaya ia kurang sempurna"

ALLAH berfirman
"Dan Kami tinggalkan bagimu sebutan (nama) mu"
al-insyirah :4

maksud "tidaklah AKU (ALLAH) disebut, melainkan Engkau (Muhammad) pun disebut pula bersama-KU
meriwayatkan sebuah hadis dari abu said ra


=memenuhi sebahagian hak Rasulullah Saw=

kerana Baginda Saw adalah perantara antara ALLAH SWT sebagai Yang Maha Pencipta dengan sekelian hamba-hambaNYA. semua nikmat terbesar bagi manusia, berupa hidayah Islam, yang diberikan ALLAH SWT, menerusi perantaraan dan menerusi Nabi Muhammad Saw. selawat kepada baginda Saw merupakan bukti terima kasih dan rasa syukur dari kaum muslimin kepada baginda Saw atas terbuka dan diberikannya hidayah Islam tersebut kepada sekalian umat Islam

"belumlah bersyukur kepada ALLAH orang yang tidak berterima kasih kepada manusia"
sabda baginda Saw berkenaan rasa syukur dan berterima kasih menerusi salah satu hadisNya

justeru itu, selawat merupakan perwujudan rasa syukur umat Islam yang tidak terhingga kepada ALLAH SWT atas hidayahNYA yang begitu besar, berupa hidayah Islam, dan dengannya sekaligus memenuhi sebahagian hak Rasulullah Saw.

=memenuhi permintaan ALLAH SWT=

"wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadaNya"
al-ahzab :56

"janganlah kamu jadikan panggilan Rasul, di antara kamu seperti panggilan sebahagian kamu kepada sebahagian (yang lain)"
an-nur :63

=kelebihan berselawat kepada keluarga Nabi Saw=

perbedaan kelebihan2 berselawat atas Rasulullah Saw sahaja dengan berselawat serta keluargaNya. selawat atas keluarga baginda Saw adalah termasuk sunnah tersendiri. ia sangat dituntut dan yang demikian telah dijadikan nas atau ketetapan para imam, mengingat lafaz di beberapa lafaz selawat yang telah diajarkan oleh Rasulullah Saw sendiri, baginda Saw juga selalu menyertakan keluargaNya

dua hadis berikut
"Ya ALLAH, mudah-mudahan selawat sentiasa dilimpahkan atas Muhammad, dan juga atas keluarga Muhammad'
riwayat malik

"Ya ALLAH, mudah-mudahan selawat sentiasa dilimpahkan atas Muhammad, isteri-isteriNya dan anak-cucuNya"
riwayat abu humaid

bertolak dari demikian, maka orang yang menjalankan sunnah dalam suatu ibadah, seperti halnya berselawat kepada keluarga Rasululllah Saw, tentu sahaja tidak sama dengan orang yang meninggalkannya
maka nyata dan terang bagi kita semua bahawa meninggalkan berselawat atas keluarga Nabi Saw itu termasuk meninggalkan suatu kelebihan yang sangat besar dan sunnah Rasulullah Saw yang sangat berharga, maka sudah menjadi kemestian bagi kita semua untuk mengamalkannya

=manfaat-manfaat berselawat=

memperolehi limpahan dan curahan rahmat serta kebajikan dari ALLAH SWT dan mendekatkan diri (taqqarub) kepada ALLAH SWT

memperoleh kebajikan berupa terangkatnya darjat dan juga terhapusnya kejahatan, dosa serta kesalahan.

mendapat pahala yang besar, serta dapat pula melipat gandakan pahala yang diperolehinya

menjadikan sebab doa kita dapat diterima ALLAH SWT

memperoleh pengakuan kesempurnaan iman

dikelompokkan ke dalam golongan orang-orang yang soleh, dan dipandang sebagai salah seorang yang mencintai Nabi Muhammad Saw dan kelak akan mendapat syafaat baginda Saw

menggantikan sedekah bagi orang-orang yang tidak atau pun belum bersedekah

membuka kesempatan untuk bertemu dengan Nabi Muhammad Saw, walaupun di dalam mimpi

menghilangkan segala kesusahan, kesukaran atau kegundahan dan mendapat kelapangan dada dan hati

mendapat kelapangan atau keluasan rezeki

dikabulkan hajat dan keperluannya

ALLAH SWT berfrman
"sesungguhnya ALLAH dan malaikat-malaikatNYA berselawat untuk Nabi. wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadaNya"
al-azhab :56

sabda2 Rasulullah Saw

"setiap doa adalah terhalang sehingga berselawat atas Nabi Saw'
riwayat baihagi dan ad-dailami

"berselawatlah atas para Nabi ALLAH dan utusan-NYA sebagaimana kamu semua berselawat kepadaKu, sebab mereka itu sama diutus sebagaimana Aku diutus"
riwayat ahmad

"dimana sahaja kamu berada, maka berselawatlah kepadaKu, sebab selawatmu itu akan sampai kepadaKu"
riwayat tabrani

""siapa yang berselawat kepadaKu sekali, maka ALLAH berselawat kepadanya sepuluh kali selawat, dan ALLAH menghapuskan sepuluh kesalahan dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya"
riwayat ahmad, nasa'i dan hakim

"siapa yang berselawat kepadaKu pada waktu pagi sepuluh kali, maka dia akan memperoleh syafaatKu pada hari kiamat"
riwayat tabrani

"sesiapa berselawat kepadaKu seratus kali dalam sehari, maka ALLAH akan mendatangkan baginya seratus hajat, (di mana) yang tujuh puluh hajat untuk akhiratnya (sementara) tiga puluh hajat untuk dunianya"
riwayat ibnu najjar

"sesiapa berselawat kepadaKu seribu kali dalam sehari, maka dia tidak akan mati sehingga dia digembirakan dengan syurga"
riwayat abu asy-syiekh

"perbanyakkan membaca selawat kepadaKu pada setiap hari jumaat, sebab selawat umatKu dipintakan kepadaKu setiap hari jumaat. maka siapa yang paling banyak selawatnya kepadaKu dari mereka, maka dia orang terdekat tingkatannya di antara Aku dan dia"
riwayat baihaqi

"sesiapa yang berselawat kepadaKu pada hari jumaat seratus kali, maka dia akan datang hari kiamat dengan cahaya, andai kata dibahagi antara makhluk semuanya, maka cahaya itu memenuhinya"
riwayat abu naim

"sesiapa yang berselawat kepadaKu pada hari jumaat sebanyak 200 kali selawat, maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun"
riwayat ibnu umar

"berselawatlah engkau semua untukKu dan bersungguh-sungguhlah dalam berdoa"
riwayat tabrani nasa'i dan ahmad

"perbanyaklah membaca selawat untukKu, sesungguhnya yang demikian itu akan melepaskan semua kesukaran dan menghilangkan segala kesusahan"
"siapa berselawat kepadaKu di sisi kuburKu maka Aku mendengarnya. siapa yang berselawat kepadaKu, maka selawat itu diserahkan oleh malaikat yang menyampaikan kepadaKu, dan dia dicukupi urusan dunia dan akhiratnya, dan Aku sebagai saksi serta pembela baginya.
riwayat baihaqi

"siapa berziarah ke kuburKu maka wajib baginya menerima syafaat"
riwayat baihaqi dan ibnu hadi

"jangan engkau menjadikan Aku seperti mangkuk orang yang menunggang, dia akan dijadikan airnya dalam mangkuknya, jika memerlukannya maka dia meminumnya, dan jika dia tidak memerlukannya, maka dia menuangkannya"
riwayat ibnu najar

"jadikanlah Aku di permulaan, di tengah dan di akhir doa"






photobucket santai photobucket permukaan photobucketselami photobucketkiriman moe
AL AHAD ---- asma ALLAH ----- junjungan kami ----- airmataNya ----- 5wasiat ----13wasiat --- panduan lenkap solat ---- 99langkah ---- akhir zaman ----
Al Fatihah ---- haji ---- Al Ikhlas ---- Al Kursi---- azan ---- isi Al Fatihah ---- haram ---- padang masyar ---- 24perkara ---- mimpi Rasulullah ---- rezeki ----
siapa kita ---- solat ---- solat dalam sains ---- suara Al Quran ---- tangisan Baginda ---- Al Mathurat --- tidur ---- sujud ---- matahari ---- keluasan neraka ---- sifat api neraka ---- dajjal ---- jin ----
wwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww
wwwwwwwwwwww
wwwwwww
dari para sahabat serantero
wwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww
wwwwwww
adham ---- belalang ---- emo ---- fadwa ---- gemaan berakhir ---- haiwan didikan ---- hajo ---- hatiwawa ---- kang e-mas ---- kuek ---- khuratuain ----
.
====.
..
..free counters