kehidupan adalah ketaatan kepadaNYA
ombak dzikir kepadaNYA

Wednesday, February 24, 2010


photobucket

hasil ketikan emo

איך ליב איר מאַיסאַראַ: Iman dan Amal Acapkali apabila kita di uji kita disuruh untuk bersabar, selain bersabar Allah swt juga menganjurkan untuk kita bersolat (Al-Baqarah:45). Apabila kita bersabar, ia dikatakan sebagai sebahagian daripada iman,pernahkah sahabat persoalkan apakah kaitannya dengan iman?

איך ליב איר מאַיסאַראַ: Melalui jalan sabar ia membuka pintu untuk kita menerima dan redha pada ketentuan Allah swt yakni rukun iman yang ke enam.Tanpa sabar pastinya setiap diri yang di uji akan melatah dan tunduk pada pujukan dan hasutan syaitan yang durjana. Ketika diri di ujilah,segala bisikan syaitan akan cuba meracuni minda, pelbagai andaian yang timbul, kalaulah begini, kalaulah bagitu sedangkan Rasulullah saw telah bersabda:

איך ליב איר מאַיסאַראַ: Hati juga mula merasa gelisah, solat tidak dirasakan khusyuk lagi dan kehidupan seluruhnya menjadi tidak menentu hanya kerana ujian yang menimpa. Maka Allah swt tekankan bahawa ‘sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;’ (Al-Baqarah:45) di dalam ayat yang sama.

איך ליב איר מאַיסאַראַ: Ini kerana apabila merasa beban ujian dari Allah swt semakin sukar dirasakan untuk menghadirkan hati dan memperoleh khusyuk ditambah lagi dengan hasutan syaitan yang semakin rakus cuba untuk melemahkan lagi iman di hati.

איך ליב איר מאַיסאַראַ: Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]

איך ליב איר מאַיסאַראַ: Oleh itu, seharusnya kita sentiasa perlu menyedari keperluan untuk beramal dengan rukun iman ke enam ini dan bukan sekadar cukup untuk menghafalnya sahaja dari kecil sehingga dewasa tanpa ada sebarang tambahan nilai kepadanya. Moga dengan itu, apabila kita diduga oleh Allah swt kita sedar dan tidak terjerumus ke lembah yang hina.

איך ליב איר מאַיסאַראַ: Tiada siapa yang dapat lari dari ujian,bezanya adalah bagaimana seseorang hamba itu berdepan dan menghadapi ujian tersebut sepertimana Allah swt telah berfirman yang bermaksud:


איך ליב איר מאַיסאַראַ: ‘Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).’ (Al-Baqarah:214)




איך ליב איר מאַיסאַראַ: Alangkah baiknya jika masing-masing berbaik sangka terhadap yang lain, saling bertimbang rasa (toleransi) meskipun dalam keadaan yang berbeza, saling tolong menolong dan tegur-menegur dalam berbuat makruf dan berdiri dalam satu barisan menghadapi masalah-masalah yang besar, iaitu kewujudan Islam dan penentuan hari depannya dan bersatu padu dalam menghadapi serangan musuh.

איך ליב איר מאַיסאַראַ: Akhlak dalam Islam berhubung dengan sistem kepercayaan, ibadat, muamalat dan sebagainya. Islam itu satu cara hidup. Panduan seluruh aspek pengajaran yang dibawa oleh Rasulullah itu dengan sendiri sudah merangkumi segala norma-norma dan nilai-nilai yang membentuk individu, komuniti dan masyarakat.

איך ליב איר מאַיסאַראַ: Rasulullah sendiri dalam banyak Sabdanya mengatakan agama itu adalah "akhlak yang baik". Hal ini telah diulang beberapa kali. Di tempat lain Rasulullah pernah bersabda bermaksud bahawa agama itu diasaskan kepada iman, Islam dan ikhsan. Para ulama Islam menyarankan bahawa ikhsan ini merangkumi semua aspek kelakuan manusia baik berupa hubungan Tuhan, dengan ciri sendiri, dengan masyarakat, mau pun dengan makhluk-makhluk lain.

איך ליב איר מאַיסאַראַ: akhlak yang baik.

איך ליב איר מאַיסאַראַ: Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

איך ליב איר מאַיסאַראַ: Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

איך ליב איר מאַיסאַראַ: Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

איך ליב איר מאַיסאַראַ: Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

איך ליב איר מאַיסאַראַ: Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

איך ליב איר מאַיסאַראַ: Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai. Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

איך ליב איר מאַיסאַראַ: Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.





איך ליב איר מאַיסאַראַ: Alzheimer adalah penyakit nyanyuk paling umum dialami warga emas, khususnya yang berusia lebih 65 tahun. Lebih dari separuh pesakit dementia mengalami penyakit Alzheimer.

איך ליב איר מאַיסאַראַ: Fakta: Alzheimer -Tiada satu faktor khusus menentukan punca penyakit ini dan boleh berlaku kepada sesiapa saja -Faktor risiko ialah umur, paling ketara kepada mereka lebih 60 tahun -Faktor lain - sejarah penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, angin ahmar, merokok serta kecederaan traumatik pada otak

איך ליב איר מאַיסאַראַ: Tanda awal -Kesukaran atau hilang ingatan untuk jangka masa yang singkat - mereka boleh mengingati peristiwa yang sudah lama berlaku di sekolah tetapi lupa mengenai sarapan diambil pagi itu. -Mudah lupa untuk ke tempat yang biasa dia pergi dan tersalah letak barang yang biasa baginya.

איך ליב איר מאַיסאַראַ: -Lupa benda yang mudah seperti nama orang yang dikenalinya, nombor telefon yang biasa digunakan atau bulan apakah sekarang. -Pesakit suka mengulang sesuatu perkara berkali-kali dan berasa janggal, syak serta waspada terhadap sesuatu perkara dan mudah hilang minat terhadap sesuatu yang mereka sukai sebelum ini.

איך ליב איר מאַיסאַראַ: Penyakit Alzheimer merupakan salah satu bentuk Dementia ( Dementia adalah gejala kerosakan otak yang mengganggu kemampuan seseorang untuk berfikir, daya mengingat (memory), dan fungsi berbahasa). Faktor risiko utama penyakit ini adalah proses penuaan ( > 65 tahun). Selain melihat kepada gejala- gejala yang dialami pesakit, untuk memastikan penyakit ini perlu dilakukan beberapa pemeriksaan seperti behavioral assessment, cognitive test (MMSE, CDT) and brain scan (if needed). Secara microscopic, otak penderita juga mengalami pengecilan berbanding saiz otak rata- rata orang normal (brain atrophy).
איך ליב איר מאַיסאַראַ: Dusta Dalam Bercinta
איך ליב איר מ: Imam Ghazali berkata
איך ליב איר מאַיסאַראַ: Barangsiapa mengakui 4 perkara tanpa disertai 4 perkara yang lain,maka dia adalah pendusta.
איך ליב איר מאַיסאַראַ: Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan,maka dia pendusta.
איך ליב איר מאַיסאַראַ: Barangsiapa mengaku cintakan Nabi Muhammad s.a.w tetapi tidak cinta kpd ulama' dan fakir miskin,maka dia adalah pendusta.
איך ליב איר מאַיסאַראַ: Barangsiapa mengaku takutkan neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat,maka dia adalah pendusta. Barangsiapa mengaku cinta Allah tetapi keluh kesah dengan ujian-Nya,maka dia adalah pendusta.




איך ליב איר מאַיסאַראַ: Rasulullah s.a.w, Seolah-olah Kamu Melihatnya
איך ליב איר מאַיסאַראַ: Bahawasanya Rasulullah saw adalah manusia yang paling tampan wajahnya, paling bagus bentuk penciptaannya, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek. (Muttafaq alaih)
איך ליב איר מאַיסאַראַ: Bahawasanya Rasulullah saw berkulit putih dan berwajah elok. (Muslim)
איך ליב איר מאַיסאַראַ: Bahawasanya badan Rasulullah saw tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek, dadanya bidang, janggutnya lebat, rambutnya sampai ke daun telinga, aku (sahabat) pernah melihatnya berpakaian merah dan aku tidak pernah melihat yang lebih indah daripadanya. (Bukhari)
איך ליב איר מאַיסאַראַ: Bahawasanya wajah Rasulullah bulat bagaikan matahari dan bulan. (Muslim)
איך ליב איר מאַיסאַראַ: Bahawasanya wajah Rasulullah bulat bagaikan matahari dan bulan. (Muslim)
איך ליב איר מאַיסאַראַ: Bahawasanya tidaklah Rasulullah saw tertawa kecuali dengan senyum dan apabila kamu memandangnya maka kamu akan menyangka bahawa baginda memakai celak pada kedua matanya, padahal baginda tidak memakai celak. (Tirmizi. Hasan)

איך ליב איר מאַיסאַראַ: Dari Aisyah ra, dia berkata "Tidak pernah aku melihat Rasulullah tertawa terbahak-bahak sehingga kelihatan batas kerongkongnya. Akan tetapi tertawa baginda adalah dengan tersenyum". (Bukhari)

איך ליב איר מאַיסאַראַ: Dari Jabir bin Samurah ra, dia berkata: "Aku pernah melihat Rasulullah saw pada malam bulan purnama. Aku memandang baginda sambil memandang bulan. Baginda mengenakan pakaian merah. Maka menurutku, baginda lebih indah daripada bulan." (Tirmizi, dia berkata: Hadis hasan gharib. Dan disahihkan oleh al-Hakim serta disetujui oleh az-Zahabi)
smile: Dari Aisyah ra, dia berkata "Tidak pernah aku melihat Rasulullah tertawa terbahak-bahak sehingga kelihatan batas kerongkongnya. Akan tetapi tertawa baginda adalah dengan tersenyum". (Bukhari)
איך ליב איר מאַיסאַראַ: lee, susah benar aku nak senyum. tak sah kalau x gelak terbahak2
smile: ubah laa...sunnah Rasulullah...contohilah Rasulullah







photobucket santai photobucket permukaan photobucketselamiphotobucketkiriman koe
AL AHAD ---- asma ALLAH ----- junjungan kami ----- airmataNya ----- 5wasiat ----13wasiat --- panduan lenkap solat ---- 99langkah ---- akhir zaman ----
Al Fatihah ---- haji ---- Al Ikhlas ---- Al Kursi---- azan ---- isi Al Fatihah ---- haram ---- padang masyar ---- 24perkara ---- mimpi Rasulullah ---- rezeki ----
siapa kita ---- solat ---- solat dalam sains ---- suara Al Quran ---- tangisan Baginda ---- Al Mathurat --- tidur ---- sujud ---- matahari ---- keluasan neraka ---- sifat api neraka ---- dajjal ---- jin ----
wwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww
wwwwwwwwwwww
wwwwwww
dari para sahabat serantero
wwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww
wwwwwww
adham ---- belalang ---- emo ---- fadwa ---- gemaan berakhir ---- haiwan didikan ---- hajo ---- hatiwawa ---- kang e-mas ---- kuek ---- khuratuain ----
.
====.
..
..free counters