kehidupan adalah ketaatan kepadaNYA
ombak dzikir kepadaNYA

Sunday, February 28, 2010

photobucket



hasil ketik dari sumaiyah


-Ω-: Beza Suka dan Cinta

-Ω-: Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang... Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira...

-Ω-: Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga... Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja...

-Ω-: Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku... Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum...

-Ω-: Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata... Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja...

Ω-: Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu... Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar...

-Ω-: Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta... Tepi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

-Ω-: Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis... Bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia gembira... Perasaan cinta bermula dari mata,

-Ω-: Perasaan cinta bermula dari mata, Perasaan suka bermula dari telinga... Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka... Umpama kita membuang telinga kita Tapi jika kita cuba menutup mata Cinta berbuah menjadi airmata
-Ω-: Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka, Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta….

-Ω-: Tetapi, hakikatnya… Cinta kepada Allah swt Adalah lebih hakiki dan abadi…

-Ω-: Buat Adam Dari Hawa
-Ω-: Adam, Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
-Ω-: Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

-Ω-: Adam, Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya.

-Ω-: Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.

Ω-: Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.


-Ω-: Adam, Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku, bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi.....aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.

-Ω-: pecahkan aja kepala ngan batu

-Ω-: Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun.....terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara

-Ω-: Adam, Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

-Ω-: Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan.

-Ω-: Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.


-Ω-: Tapi......realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya. Adam..... mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu.

-Ω-: Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja.

-Ω-: Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

-Ω-: Adam..... Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM?

-Ω-: Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!
-Ω-: Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini

-Ω-: Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?

-Ω-: Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?


-Ω-: Adam.... Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua.

-Ω-: Adam.... Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua.
-Ω-: mcm kaum lut ke..diterbalikkan bumi

-Ω-: Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu!

-Ω-: Dari itu Adam,pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

-Ω-: Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

-Ω-: Adam, Andainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.

-Ω-: Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu.......




photobucket santai photobucket permukaan photobucketselamiphotobucketkiriman koe
AL AHAD ---- asma ALLAH ----- junjungan kami ----- airmataNya ----- 5wasiat ----13wasiat --- panduan lenkap solat ---- 99langkah ---- akhir zaman ----
Al Fatihah ---- haji ---- Al Ikhlas ---- Al Kursi---- azan ---- isi Al Fatihah ---- haram ---- padang masyar ---- 24perkara ---- mimpi Rasulullah ---- rezeki ----
siapa kita ---- solat ---- solat dalam sains ---- suara Al Quran ---- tangisan Baginda ---- Al Mathurat --- tidur ---- sujud ---- matahari ---- keluasan neraka ---- sifat api neraka ---- dajjal ---- jin ----
wwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww
wwwwwwwwwwww
wwwwwww
dari para sahabat serantero
wwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww
wwwwwww
adham ---- belalang ---- emo ---- fadwa ---- gemaan berakhir ---- haiwan didikan ---- hajo ---- hatiwawa ---- kang e-mas ---- kuek ---- khuratuain ----
.
====.
..
..free counters