Adham®: KATA pujangga, hidup tanpa kesusahan, penderitaan, dugaan dan cabaran bagaikan nasi tidak berkuah
Adham®: susah senang adalah asin kerana itulah rencah kehidupan.
Adham®: Ia menepati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dunia ini adalah negara tempat bala dan ujian.”
Adham®: Maknanya manusia di dunia ini tidak terkecuali daripada menghadapi ujian hidup baik untuk melihat sejauh mana tahap kesabaran serta keimanan mereka,
Adham®: juga pendekatan digunakan bagi mengatasi dugaan yang datang.
Adham®: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Demi Allah yang jiwaku di tangannya!
Adham®: dan tiada kebaikan itu kecuali bagi mukmin jika memperoleh kegembiraan,
Adham®: dia berterima kasih bererti kebaikan baginya. Jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.”
Adham®: Adalah lebih baik menjadi orang beriman yang diuji, daripada menjadi orang kafir yang turut sama diuji.
Adham®: Bukankah lebih baik menjadi orang yang sabar ketika diuji daripada menjadi orang pemarah sedang diuji
Adham®: Setiap ujian yang menimpa pasti terasa pahitnya atau sakit menekan perasaan kerana kebuntuan fikiran
Adham®: Oleh itu, sabar adalah suatu perkara yang bukannya mudah untuk dilakukan
Adham®: Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kami akan beri percubaan kepada kamu
Adham®: sehingga kami buktikan orang yang bersungguh-sungguh dari antara kamu dan orang yang sabar dan hingga kami nyatakan hal kamu.” (Surah Muhammad, ayat 31)
Adham®: Tidak semua orang memiliki sabar, lantaran itu sikap sabar dianggap mahal dan tinggi nilainya malah ia termasuk sebagai sikap terpuji
Adham®: Lantaran itu, Allah memerintahkan supaya berlaku sabar dalam firman yang bermaksud
Adham®: Hai orang beriman. Berlaku sabarlah. Sabarkan dan perteguhkan kekuatanmu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh kebahagiaan.