kehidupan adalah ketaatan kepadaNYA
ombak dzikir kepadaNYA

Wednesday, February 24, 2010




doa sewaktu bersujud dan keistimewaannya

sewaktu bersujud, kieta berada amat hampir dengan ALLAH SWT. katakanlah apa
sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah
Saw yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan
doa didalamnya.

sabda Rasulullah Saw:- "Suasana yang paling hampir antara seseorang
hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu
memperbanyakkan doa di dalamnya."

banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah Saw untuk kieta ikuti. salah satunya
yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir
dalam solat.

"Ya ALLAH, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang
benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi,
hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

semoga dengan mengamalkan doa itu kieta mendapat manfaat atau
sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kieta dalam mencari keredhaan ALLAH SWT
dunia dan akhirat.

banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.
Rasulullah Saw biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan
kerana lamanya baginda bersujud.

keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam
sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari
kiamat"

mendengar itu para sahabat bertanya: "bagaimanakah engkau dapat mengenali
mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki
oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor
kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya? "

sahabat menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya
pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berseri-seri) disebabkan
mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu')
putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

keistimewaannya
------------ ---------

ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-

"apabila ALLAH SWT hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka
yang DIA kehendaki, DIA pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan
orang-orang yang menyembah ALLAH SWT, lalu mereka dikeluarkan dan mereka
dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana ALLAH SWT menegah
neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar
dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain
bekas sujud"

begitulah ALLAH SWT memuliakan hamba-NYA yang bersujud. orang yang sujud
mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kieta berdoa. sudah
tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. semoga kieta akan menjadi hamba
yang benar-benar mendapat rahmat.





photobucket santai -photobucket permukaan photobucketselamiphotobucketkiriman moe


AL AHAD ---- asma ALLAH ----- junjungan kami ----- airmataNya ----- 5wasiat ----13wasiat --- panduan lenkap solat ---- 99langkah ---- akhir zaman ----
Al Fatihah ---- haji ---- Al Ikhlas ---- Al Kursi---- azan ---- isi Al Fatihah ---- haram ---- padang masyar ---- 24perkara ---- mimpi Rasulullah ---- rezeki ----
siapa kita ---- solat ---- solat dalam sains ---- suara Al Quran ---- tangisan Baginda ---- Al Mathurat --- tidur ---- sujud ---- matahari ---- keluasan neraka ---- sifat api neraka ---- dajjal ---- jin ----
wwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww
wwwwwwwwwwww
wwwwwww
dari para sahabat serantero
wwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww
wwwwwww
adham ---- belalang ---- emo ---- fadwa ---- gemaan berakhir ---- haiwan didikan ---- hajo ---- hatiwawa ---- kang e-mas ---- kuek ---- khuratuain ----
.
====.
..
..free counters