
bangkit ruhani yang lemah
wahai anak,
di tangan moe negara ini diserahkan. jika tanah segenggam kera ini kamoe lalaikan, nescaya suatu hari nanti ia akan berada ditangan orang lain. siapakah yang akan dipersalahkan?
sayangilah diri moe, akal moe, kekuatan moe, ruh moe ketika waktu muda maupun masih tua dan bernyawa ini. tajamkan segala potensi yang ada pada diri moe agar kamoe benar-benar menjadi mukmin yang dikasihi Tuhan.
jadilah pemuda dan pemudi yang senantiasa memerhati hal tuju kehidupan. jangan mengikut "emosi". kamoe perlu menjadi generasi yang senantiasa baru, tidak terikat dengan tarian gaya hidup generasi yang lalai dan liar dengan bebanan "hartabenda dunia" yang tak habis2 atau fikir diri sendiri sahaja, apa yang baik kamoe ambil dan apa yang tidak baik kamoe tinggalkan.
di tangan kamoe agama diamanahkan (ibubapa, sahabat dan para guru) terutama dari baginda Nabi Muhammad Saw untuk berpesan.
sayangilah agama moe, sayangilah negara moe, sayangilah kehidupan kini, sayangilah bunga-bunga islam yang begitu indah berkembang di hadapan moe dan manfaatkanlah pelbagai program dan perancangan yang telah disusun di merata tempat.
negara kieta dikenal seluruh pelusuk dunia sebagai negara islam, tinggalkanlah perbahasan mengenai pentakrifannya (macam2 pendapat), hormatilah perbezaan. yang penting bagi kamoe ialah untuk menyuburkan lagi bunga-bunga yang sudah berkembang, jangan biarkan ia patah, jangan biarkan ia layu sementara berada di tangan moe.
perbaikilah amalan ibadah moe senantiasa..mohonlah ALLAH SWT memberi sinar nurhidayah kedalam jiwa yang berantak dengan nafsu bertopeng iblis laknutallah.
alim dan warak itu urusan ALLAH SWT .
jika keadaan zahir moe tidak serupa dengan ruhani moe maka rusaklah "akhlak" apatah keperibadiaan moe.
"nilai" dan "analisa" diri moe dahulu, bagaimana kamoe rentang biji tasbih jika nafsu "amarah" kamoe tidak bisa ditunduk maka perjalanan ruhani kepada ALLAH SWT..maka, masih tersasar malah pura-pura.
Nabi Muhammad Saw merupakan contoh "akhlak" ikut Al Quran...bagaimana dengan kieta?
perhatikanlah wahai anak.. banyak cerca-merba dan kalut lagi ada

pembangunan islam kelas pertama
edisi khas
ilmu & ibadat seiring dengan penghayatan, pefahaman dan pengamalan (secara praktik)
sebelum melaksanakan, integriti diri (ketulusan) wajib diawasi seperti:
ego, riak, takabur, sombong, ujub, dan pelupa diri tidak mempengaruhi nafsu? tapi terlalu bermujahadah akannya.
bukan mudah tapi tanggungjawabnya kieta kekalkan, tiada berubah, cuma caranya, wajar ikut pendekatan dan keperibadian Nabi Muhammad Saw, perbuatanNya terutama penyampaianNya yang diberkati dan disayangi ALLAH SWT.

kieta ummah Muhammad, ummah yang bersederhana dalam pelbagai segi pengamalan kehidupan, tidak ekstreem, radikal kecuali kebenaran seruan Nabi Muhammad Saw tidak boleh disangkal apatah dari ALLAH SWT melalui Al Quran dan Sunnah-NYA.
kemunduran pemikiran dan amalan orang Islam pada abad2 ini kerana kualiti pemikirannya dipengaruhi ideology yang tidak melambangkan pembangunan modal insan yang beridentiti dan dinamis, ditakuk terlalu taksub kepada perkara2 yang membawa ummah kebelakang. mempercayai rukun iman adalah tunjang asas kekuatan akidah orang muslim dan muslimah bukan kisah2 yang banyak menjuruskan kemusnahan maka tidak harian kieta tidak dapat menfokuskan objektif sebenar dalam tugas dan perjuangannya kerana terlalu banyak ‘distraksi” dari wawasan kehidupan itu untuk apa dan kemana destinasinya.

peringatan
amal hidup yang benar semata2
niat
solat
zikir
baca Al Quran
baca kitab
berguru
rukun iman
rukun islam
berjemaah
berilmu
berguru
ikut panduan
berbaik sangka
berlapang dada
berkasih sayang
tunai yang wajib
bersederhana dalam sunat
berkata dengan baik
pelihara wuduk
beristighfar
senantiasa memuji ALLAH SWT
menasihati sesama insan
menentang kezaliman dan penganiayaan

jiwa dan niat membangunkan diri yang positif
tazkirah memerdekakan diri
ALLAH SWT menyuruh kieta memperhatikan diri dari segala nikmatNYA supaya terpancar pada "hati" diri kieta benih kasih sayang.
perhatikan kerdipan mata moe, sinar mata moe yang cantik, hembusan nafas moe, bunyian di telingan moe, keenakan rasa di hujung lidah moe, keindahan susunan gigi moe dan kedua bibir yang menutupnya, degupan jantung dan mengalirnya darah ke seluruh tubuh moe yang sempurna.
perhatikan sekeliling moe sekeluarga, rakan-rakan dan alam.
mereka dicipta agar kamoe "tiada kesunyian" di alam ini.
sesungguhnya manusia yang mengenal kasih sayang ALLAH SWT tidak akan lemah dan kecewa. ia tidak akan merasa sunyi walaupun seluruh manusia tidak menyayanginya, kerana ia tahu ALLAH SWT menyayanginya."
perhati dalam perwatakan kamoe semua, adakah kesombongan, riak dan takabur menjadi perhiasan di mulut, telinga dan wajah raut moe?
ALLAH SWT Maha Pengasih.. tetapi kieta yang diciptaNYA jangan jadi "kedekut" untuk jadi "pengasih".
mereka tidak bererti jika kieta sendiri tidak "memerdekakan" jiwa dan akal pemikiran kieta.
jangan dibiarkan jiwa dan akal pemikiran kieta dijajahi :
kebodohan
sifat sombong
berkata kasar
riak takabur
kerana atas sebab "kasih sayang" kieta mencapai kemerdekaannya.. kerana kieta semua mahu membebaskan perangai buruk, teruk, jelek dan hodoh sifat dalam pemikiran dan jiwa kieta, maka ALLAH SWT akan memerdekakan kieta !!!

capai kasih iman mu
kasih sayang
hari ini manusia terkapai-kapai dalam dilemma kehilangan kasih sayang. setiap mata insan membisikkan bahasa sepi, kekecewaan dan marah. ke arah manakah manusia mahu membawa kehidupan ini? ke arah permusuhan dan kebencian atau ke arah perdamaian dan kasih sayang.
semua laungan kini seolah-olah mengeluarkan api-api kebencian yang membakar jiwa dan alam.
fitrah manusia inginkan kedamaian dan ketenangan di dalam kehidupan. tiada yang menghubungkan kepelbagaian bangsa dan warna kulit di dunia ini melainkan kasih sayang. dengan nilai ini, manusia dengan pelbagai latarbelakangnya dapat berkompromi dalam beberapa urusan kehidupan mereka.




